Berbakti pada Mak Ayah? Tapi Kalau Kita Pun Tak Kerja?
Ingat tak, masa kita kecil-kecil dulu, darjah sekolah rendah? Cikgu-cikgu, pensyarah, penceramah atau motivator pasti bertanya, "Apa cita-cita awak? Nak jadi apa nanti bila besar?" Pasti kita semua menjawab: "Nak jadi anak yang berguna, nak berbakti kepada ibu bapa." Masa di universiti pun, kita berazam mahu tolong mak ayah, mahu ubah nasib keluarga. Tapi bila semakin dewasa, cuba kita tengok balik: berapa ramai yang benar-benar berbakti? Ada yang sudah berkahwin, mak ayah duduk di kampung seorang diri. Tiada siapa yang balik kerana sibuk bekerja. Kalau balik pun hanya sekelip mata. Mak ayah tetap sunyi.
Memang kita kata, "Kami dah berbakti. Setiap bulan hantar duit." Tapi pernah tak kita terfikir, apabila usia mak ayah semakin tua, ada satu perkara yang tidak semua orang mampu lakukan? Iaitu berada di sisi mereka. Walaupun kita tidak bekerja, tidak memberi wang, tidak mempunyai masa yang banyak – dalam kalangan adik-beradik, pasti Allah pilih seorang yang akan duduk bersama mak ayah. Biasanya, anak yang tidak belajar tinggi, atau anak yang "terkandas" untuk mencapai cita-cita. Maka janganlah awak merendahkan diri sendiri kerana tidak mampu kerja dan tidak mampu memberi apa-apa. Hakikatnya, besarlah jasa anak yang "tidak berguna" itu. Anak yang selalu dianggap pembawa malang, yang tidak memberi manfaat secara material – sebenarnya dialah yang paling bermakna.
Bagi saya, hakikat berbakti kepada mak ayah bukan hanya soal wang. Betul, dengan duit kita boleh buat macam-macam: upah orang cuci rumah, upah orang hantar mak ayah ke klinik. Tapi jangan downgrade diri sendiri dengan menganggap awak ini anak yang tidak berguna kerana tiada kerja dan tiada duit. Sebenarnya, awaklah yang sedang berbakti dengan kehadiran awak. Masa untuk bersama mak ayah, menemani mereka ke hospital, ke klinik – itu lebih berharga daripada apa yang adik-beradik lain yang bekerja lakukan. Mereka perlukan banyak langkah: ambil cuti, atur jadual, dan kadang-kadang lambat sampai. Tapi awak? Bila-bila masa sahaja, awak free. Itulah peluang awak untuk berbakti.
Benar, kadang-kadang anak yang duduk lama dengan mak ayah boleh jadi "busuk" di mata orang lain. Mungkin timbul salah faham, mungkin rasa jemu. Tapi ingat, biasanya dosa anak yang selalu bersama mak ayah itu lebih banyak? Atau sebaliknya? Yang selalu balik jarang-jarang, mereka yang disayang bagaikan minyak penuh. Namun dari sudut lain, walaupun awak tiada duit, awak tetap berjaya mencapai target berbakti. Ibu ayah yang tua dan terlantar, boleh sahaja mengupah orang lain untuk menjaga. Tapi ia tidak sama seperti dijaga anak sendiri. Akhirnya, setiap orang ada kelebihan masing-masing. Bagi mereka yang tiada siapa-siapa – jangan risau. Awaklah salah satu bintang yang bersinar dalam hidup mak ayah. Bintang kecil yang memenuhi ruang kebanggaan dan kebahagiaan mereka.
Hidup mak ayah kita tidak lama lagi. Serius – mungkin dalam 10 tahun lagi. Contohnya, jika umur mereka 74 tahun sekarang, 5 tahun setahun, maka tahun 2029 mungkin kita sudah tiada mereka. Atau mungkin tahun ini, kita tak tahu. Mak ayah tidak akan berganti. Jadi, hargailah. Bagi yang daripada keluarga broken family, cerita ini mungkin tidak terpakai secara menyeluruh. Tapi secara umum, jadilah orang yang berguna kepada orang lain. Setebal mana pun kehidupan kita, sokongan moral itu penting. Kalau tidak ada, kau boleh beli? Boleh, tapi lain rasanya. Setiap kebaikan tetap ada bahagiannya. Allah terima. Allah catat perkara yang baik.
Saya pun fikir – saya pun tidak bekerja, duduk di rumah. Tapi saya ada masa. Ibu ayah perlukan masa, perlukan teman ke mana-mana. Saya ada sesuatu yang orang lain tiada. Maka pilihlah apa yang terbaik untuk diri awak. Berbaktilah dengan cara awak, walaupun tanpa wang.
Sekian, semoga bermanfaat.
Comments
Post a Comment