TIP JUMPA BAKAL mentua
Berikut ialah teks yang berjaya diekstrak daripada PDF (tanpa ringkasan):
15 TIP JUMPA BAKAL
15 TIP JUMPA BAKAL
EMAK, AYAH DAN
EMAK, AYAH DAN
KELUARGA MERTUA.
KELUARGA MERTUA.
CORETAN NOKTAH
"Tackle" mak ayah keluarga mertua pada
pertemuan kali pertama!
Untuk keberkatan bersama....
Jika anda mendapatkan naskhah ebook ini
tanpa melalui cara yang halal contohnya
dikongsi dan diedarkan tanpa izin penulis,
maka belilah naskhah ini dengan cara
yang benar.
Hanya Allah sebagai saksi.
----------------------------------
Coretan Noktah!
Hakcipta terpelihara
1. Study dulu.
Tanya dulu bakal pasangan tentang latar belakang,
perwatakan, hobi, minat mak ayahnya.
Nanti tidaklah kekok.
Sekurang-kurangnya anda dah boleh atur strategi
untuk cakap apa nanti dengan mereka.
2. Persiapkan diri dengan baik.
Berpakaian sopan dan rapi serta mempersiapkan diri
secara mental untuk pertemuan yang penting ini.
Yang penting be yourself okay. TIDAKLAH KEKOK
NANTI !
3. Tunjukkan kesopanan dan hormat.
Berikan salam dengan ramah, cium tangan mak bagi
yang wanita... ayahnya bagi yang lelaki. Tunjukkan
sikap hormat kepada kedua orang tua pasangan.
Hormat ni boleh melambangkan segalanya tau.
4. Berikan senyuman dan kontak mata.
Senyum dan kontak mata dapat memberikan kesan
yang baik.
Melambangkan keikhlasan dan juga kejujuran kita
dalam perhubungan. Dari mata dan senyuman boleh
jatuh ke hati tau!
5. Tunjukkan ketertarikan dan perhatian.
Ajukan pertanyaan tentang keluarga, minat mereka
dan ceritakan juga sedikit tentang diri korang untuk
mewujudkan keselesaan.
Soalan begini sebagai 'ice breaker' untuk memulakan
perkenalan.
6. Perhatikan bahasa tubuh korang.
Pastikan bahasa tubuh korang terbuka dan ramah,
sambil menghindari sikap yang terlalu kaku atau
tertutup.
Rasa takut-takut atau gementar itu biasa, cuba
lawan dan jadikan satu cabaran untuk
memperjuangkan cinta!
7. Jaga etika makan.
Ikuti etika makan yang baik, seperti menunggu hingga
semua orang duduk di meja sebelum mula makan dan
makan dengan sopan.
Bagi lelaki, korang ready juga okay untuk mengetuai
bacaan doa sebelum makan jika makan beramai-ramai !
8. Tunjukkan penghargaan pada masakan/juadah yang
dihidangkan.
Jika ada makanan khas yang disajikan, tunjukkan
penghargaan anda dan beri tahu bagaimana korang
menikmatinya.
"Sedappp masakan mak cik masak, nanti bole lah nak
mintak resipi".
9. Hindari topik sensitif.
Jauhi topik-topik yang sensitif seperti politik atau
agama, kecuali jika diajukan oleh orang tua pasangan.
Topik sensitif buat orang jauh hati. Jadi pentingnya
kena tanya bakal pasangan apa topik yang mak ayahnya
suka okay!
10. Dengar, dengar, respond!
Berikan perhatian penuh ketika mereka bercakap dan
tanyakan pertanyaan yang relevan untuk menunjukkan
korang tertarik pada cerita mereka.
Komunikasi 2 hala lebih baik kan daripada hanya
seorang pihak sahaja yang bercerita.
11. Tunjukkan keterbukaan dan kejujuran.
Berbicaralah secara terbuka dan jujur, tetapi hindari
membahas masalah yang terlalu peribadi atau
kontrovesi pada pertemuan pertama.
Ya... ada perkara itu DIAM LEBIH BAIK. Okay?
12. Cakap hal positif tentang bakal pasangan korang.
Cakap sahaja benda baik dan hal-hal positif tentang
pasangan korang.
Apa yang korang suka, apa yang koran yakin sangat nak
jadikan pasangan sebagai teman hidup, apa yang korang
'tertarik' kepada pasangan sepanjang perkenalan.
All the best okay!
Comments
Post a Comment